5 snek jajan atau keropok kegemaran yang tidak ditelan zaman

Semua orang mesti ada jajan kegemaran semasa kecil kan? Macam aku banyak je jajan yang aku suka makan seperti list dibawah. Yeah semestinya jajan ni kurang bagus untuk kesihatan tapi kalau sekali sekala kalau nak makan tu boleh la tapi jangan nak overdose pulak je. Maklumlah kandung msg dan gula tinggi. Berikut ada senarai jajan kegemaran kanak-kanak 90 an dan semestinya hanya kanak-kanak 90's tahun kenikmatan makan keropok ni.


1. Pop corn Durian



Snek ni memang kesukaan aku disebabkan dia berperisa durian dan aku pun hantu durian. Rasa keropok ni sedap sangat sebab dia rasa macam jagung yang berperisa durian (tak tau nak cakap macam mana tapi sedap sangat. korang rasa lah sendiri). ingat lagi time fardu ain mesti kalau rehat aku akan beli keropok ni. dulu harga dia murah ja rasanya dalam 20sen tapi zaman makin moden harga keropok ni naik dah tapi still boleh la lagi beli kalau sekarang harga dia dalam RM1.20 rasanya. Tapi kalau kat kedai ECO boleh la dapat RM2.12 untuk dua bungkus. Tapi keropok ni memang bertahan lama gila la. Packaging dia pun still sama dan rasanya tak pernah berubah kot. Rasa pun tak berubah cuma isi yang kurang tapi di isi pulak dengan oksigen. Bukan karipap saja yang di isi oksigen tapi keropok pun berlambak-lambak di isi oksigen. Aku faham kenapa di isi oksigen, mungkin di sebabkan oleh tekanan udara jika isi terlalu penuh ia akan meletup. Tapi yang tak boleh belah karipap oksigen tu nak elakkan basi ke?

2. Muruku popo aka keropok baby

Masihkah anda ingat akan muruku ini? aku panggil muruku ini keropok baby merangkak sebab tak perasaan perkataan popo tu.Bila dah besar baru aku perasan perkataan "popo" tu. Ini lah yang jadi favourite zaman budak-budak bila dah makan tak mau berhenti lepas bila dah habis melekat dekat celahan gigi. Sedap gila rasanya. Ini maruku ikan tapi aku tak rasa sangat ikannya, yang aku rasa kacang yang dihancur je tapi sedap gila sebab rasa dia macam manis-manis sikit. i love it. Aku perasaan pengeluaran keropok ini semakin maju siap ada lori label keropok ini lagi. Banyak jugak la yang aku nampak lori keropok ini. Pergi kedai mana-mana mesti ada keropok ini. Tapi nak complain sikit isi dia sikit sangat dulu rasanya macam berat je bungkusan keropok ni.

3. Tam-tam

keropok ni jangan cakaplah memang satu Malaysia kenal takpayah nak omong. Tam-tam singkatan kepada ketam sebab itulah namanya Tam-tam. Rasa ketam memang kuat dan bila nak kunyah masuk mulut susah nak berhenti akhirnya dah habis sepuluh bungkus sambil tengok tv. senang nak cari keropok ni.

4.Super ring
Superrrr ringggggg!! jajan ni memang kesukaan sebab rasa dia macam berlemak cheese. selalu buat mcm cincin dekat jari-jari. keropok ini pun agak lama dah wujud sejak aku lahir tup tup memang dah ada depan mata. sampai sekarang aku layan lagi jajan ni sambil tengok tv. Harga dia sekarang macam agak mahal sekarang maklumlah sekarang kan zaman gst.

5. Bika
Bika atau keropok jagung yang dipelbagaikan perisa sangat sedap dimakan dan tekstur atau rupa dia seperti nachos. Jajan ni aku rasa popular jugak dulu sekitar umur aku sekolah rendah dan walaupun aku dah besar jajan ni masih ada walaupun jarang-jarang aku nampak. kalau dekat kedai pemborong ada la rasanya. Jajan ni terasa old school bagi aku la taktahu pulak korang.

Itulah senarai jajan zaman kanak-kanak yang selalu aku makan. sebenarnya tak elok sangat kalau makan jajan ni tiap hari boleh botak kepala. Mengandungi msg atau penambah perasa yang agak banyak tapi kalau sekali sekala boleh la nak makan tapi jangan la melebih pulak ye. Walaubagaimanapun jajan ni memang legend sebab ia masih wujud dipasaran walaupun dah sekian lama nak compete dengan jajan zaman sekarang ni. Banyak je jajan yang lain yang dah bertahan lama tapi saja je aku senaraikan yang ini dulu. Teruskan menyokong aku! sekian makan with passion.


Comments

Popular Posts